This course discusses the basic concept, issue and technique to develop and deploy Web sites and blog. Students will learn to design web and blog using multimedia authoring software, basic programming language and uploads web sites and blog.

jom NaiK Teksi


Post kali nie nk tanya teka-teki plak...
kalau kamo naik teksi kenapa bayar duit dulu ker driver tue x ambik duit...pelikkan.......

tambang murah....



jemput naik


sekali naik x muat der...




ok gak





menunggu penumpang....





cam teksi kat india plak..

jawapan dia bayar duit dulu mana laku...duit daun pisang der,,,,,






kereta mahal


POLIS = P-D-L-1-5


NASA

L7

ADDIOS
KAMI THE MOVIE
MARRIO11

GENG MAFIA

TAHI
ADUIIIIII...
LOVE U ALL

yang x sempat nak post kete mawi...dia punya flat gempak giler...

Areniq fsm VS Rez Studio VS Epy Cool

Perrhh Obama Pun Gelak Tengok...Kuikui




Areniq fsm VS Rez Studio VS Epy Cool









kembali Pulang








tinggAL Kenangan..










asyik pasal blaja jer...Love My Mom...

TIBA-TIBA nK pOST...,
HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

It's true...Dari seorang lelaki..."Ibu adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku.....

"Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna DER TP KENA GAK WAT......Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, ANIQ,AZUAN!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!Boleh LEPAK2 kedai teh sampai senja malam pagi..., boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat opppps LAMBAT JER DER..!!But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak.

Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga libas ngan penyapu ker..So Very weetss... Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in My life!!#%^

Tp x per mak... ayah masih ader...walaupun rasa cam nk pecah telinga membebel tp is so cooll my father...tau askar tp jiwa dia fuhh gler la nk ckap pun dah x dpat...wlaupun rase sound gegendang telinga nie dah pecah dengar ayah mambebel..



TQ My MoM..SO Lovely U..

st. kayu

STUDIO KAYU._areniq_FSM

Keunggulan ‘Melayu’ bukan sahaja tertera kepada erti dan pemahaman apa itu ‘Melayu ‘, mindanya, jiwanya, akal budi ‘Melayu’nya, cara jalannya, bahasanya, ketawanya, pegangan hidupnya, falsafah ‘Melayu’nya, mahupun kesusasteraan dan persuratannya. Namun Melayu itu turut dilambangkan dengan hasil tukang seninya. Mungkin kita jarang menyedari atau tidak mahu menyedari bahawa sekecil-kecil tukangan seni Melayunya tetap melambangkan ‘apa itu Melayu’. Artikel ini tidaklah membawa gagasan besar untuk dibicarakan secara penuh ilmiah tentang peradaban dunia Melayu melainkan suatu usaha untuk meneroka sikap, minda, dan jiwa bangsa cucu-cicit Tun Tuah ini yang dcitrakan dengan hasil seni tukangan waima sekecil-kecil ukiran batu cincin yang tersarung di tangan Melayu itu sendiri.

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

MOTIF UKIRAN

Seniman adalah alam. Tumbuh-tumbuhan adalah alam. Alam tidak semestinya seniman dan alam juga tidak semestinya turnbuh-tumbuhan. Dari alam, seniman belajar, mengabadi dalam karyanya, mentafsir dan menterjemah alam secara halus lagi berseni, secara silat lagi terpahat, secara bijaksana lagi penuh hikmah. Media seniman adalah karyanya. Sebagai pengukir menyampaikan pengalaman alamiah ini melalui lukisan dan ukiran. Beliau menterjemahkan alam yang terbentang luas ke dalam lukisan dan ukirannya secara halus lagi berseni yang menuntut kesabaran dan kesetiaan seorang seniman yang tak kenaI jemu dan bosan. Sumber ilham adalah alam sekitar, umpamanya tumbuh-tumbuhan yang hidup subur dan makmur di bumi Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang.



Bunga Matahari


Motif Bunga Raya



Ginta Mani



Guri



Bunga Kacang





TOKOH KAYU "TOK AYAH"



Wan Su Othman atau lebih dikenali dengan nama Tok Ayah Su ibarat sebutir bintang yang menyinari persada seni ukir kayu tanahair. Sebagai pengukir kayu nama ini amat masyhur dan dikenali umum, setidaktidaknya bagi mereka yang pernah mengunjungi Muzium Negara. Sebagai penghayat seni kita akan terpegun dengan keindahan ukiran di pintu bangunan tersebut. Kegiatan seni ukir kayu ini telah dilaluinya lebih setengah abad tanpa mengenal jemu dan titik akhir. Malah penghasilan karya inilah yang menjadi sumber rezeki beliau menyara keluarga tercinta. Sumbangan beliau yang berterusan serta mengekalkan ciri-ciri seni ukir tradisional Melayu menyebabkan kerajaan terpanggil untuk menghormati dan menganugerahkan Anugerah Seni Negara kepada beliau.Beberapa faktor menyebabkan Wan Su Othman dipilih sebagai Seniman Negara yang ketiga. Pertama, Wan Su Othman mempunyai ramai pengikut. Sehingga kini, bertempat di Bengkel Seni Wan Su pelatih-pelatih dari pelbagai agensi dan institusi seperti lnstitut Kemahairan Mara, kakitangan Muzium Negara, lnstitut Teknologi Mara, kakitangan Felda, belia-belia kelolaan Pejabat Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri dan pelatih-pelatih daripada Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mendapat tunjuk ajar daripada beliau. Bengkel tersebut terletak di halaman rumahnya di Batu 4, Alor Lintang, Besut, Terengganu. Bengkel ini terus aktif dan sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan kepada belia-belia yang berminat.




Di Bengkel Seni Ukir Wan Su, belia-belia diajar mengenai seni ukir dari satu peringkat ke satu peringkat secara tersusun. Setiap pelajar diperkenalkan dengan perala tan mengukir seperti pahat, pisau, kertas pasir dan tukul. Cara memegang peralatan boleh menentukan bakat dan kebolehan seseorang pengukir. Peralatan yang digunakan mengikut bentuk daun atau bunga ataupun batang tumbuhan dalam sesuatu ukiran awan larat kerana setiap bentuk yang akan diukir ada yang bersifat daun buka iaitu daun Ie pas, daun lipat iaitu sebelah daun terlindung dan sebelah lagi nampak dan daun sebelah iaitu ukiran bersifat lipat habis. Kemahiran mengukir ditentukan berdasarkan kepada kebolehan kerja-kerja menyilat iaitu kebolehan membentuk daun bunga atau batang dengan cantik dan indah. Ketokohan Wan Su telah diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia apabila beliau dilantik sebagai Adi Guru dalam bidang ukiran kayu pada tahun 1984. Perlantikan ini membolehkan beliau sebagai pakar rujuk dan jurutunjuk dalam bidang ukiran kayu kepada semua lapisan masyarakat. Garis-garis wajahnya yang agak serius, rambutnya yang memutih, pipinya yang cengkung dan matanya terperosok ke dalam serta belakangnya agak bongkok ke hadapan jelas menggambarkan keseriusan dan ketekunan seorang seniman.




Keinginan dan kesungguhan Wan Su Othman untuk menjadi seorang pengukir ternama bermula semasa beliau berumur 11 tahun. Ketika itu beliau pulang dari belajar al-Quran dan singgah di bangsal orang membuat tempat semangat. Dia memerhati dengan tekun dan minat. Cebisan kertas yang dibuang dipungut dan dibawa pulang lalu dicantumkan kembali dan ditekat pada kayu lalu ditirunya. Walaupun hasil ukiran beliau tidak begitu cantik tetapi beliau berjaya menyudahkannya.





Impian beliau untuk menjadi seorang pengukir kayu bermula sewaktu berumur 20 tahun. Ketika beliau belajar dengan seorang pelukis dan pengukir awan larat yang terkenal bernama Tengku Muda bin Tengku Ismail dari Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan. BeJiau belajar membuat pemanjangan untuk majJis bersanding dan berkhatan. Walaupun Wan Su Othman sudah mempunyai kepandaian dan kemahiran dalam mengukir kayu, beliau tidak mudah merasa puas. Bagi meningkatkan kemahiran, beliau bertemu dengan para sahabat dalam bidang ini. Oi antara sahabat beJiau ialah En. Ahmad, En. Latiff Long, Tuan Haji Wan Ismail, En. Nik Rashidin, Cikgu Mat Bakar dan En. Bakar. Oari mereka beliau memerhati cara-cara mereka mengukir. Oi sinilah terletaknya kekuatan daya fikir dan daya kreatif Wan Su Othman, menggabungkan pemikiran dengan daya penghayatan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat untuk mempertingkatkan kerja-kerja ukiran supaya lebih halus dan lebih indah.

Wan Su Othman dilahirkan pada tahun 1899 di Pengkalan Kubur, Tumpat, KeJantan. Walaupun ayah beliau langsung tidak pandai mengukir, namun bakat seni mungkin diwarisi daripada datuk saudaranya, Nik Wan Ali yang telah meninggal dunia sebelum Wan Su dilahirkan yang menjadi tukang ukir di Istana Raja Patani serta memegang jawatan Pembawa Payung di-Raja. Semasa kanak-kanak lagi, Wan Su telah membuat layang-Iayang dan ditunjukkan kepada kawan-kawannya. Oalam usia 12 tahun beliau telah melukis dan mengukir wtak-watak dalam wayang kulit Melayu.

Bakatnya terserlah apabila Allahyarham Tan Sri Mubin Sheppard yang menjadi Pengarah Muzium Negara pada masa itu melihat ukiran patung wayang kulit yang digantung di pintu kedai guntingnya di Besut. Tan Sri Mubin Sheppard lalu menempah dua buah patung wayang kulit tersebut. Itulah kali pertama hasil kerja tangan beliau dibeli orang dengan harga RM25 sebuah. Pertemuannya dengan Tan Sri Mubin Sheppard membawa bintang gemerlap dalam hidupnya. Pada tahun 1962 Wan Su diajak oleh Tan Sri Mubin Sheppard untuk mengukir pintu utama Muzium Negara. Pada tahun 1963 Wan Su telah ke Kuala Lumpur dan melaksanakan kerja tersebut dengan cemerlang. Semenjak itu, permintaan terhadap khidmat seni ukir beliau terus diterima, termasuk tempahan mengukir patung wayang kulit yang dihantar ke Amerika Syarikat dan Eropah.





Kedua, keberanian Wan Su memperjuang dan mempertahankan warisan seni ukir kayu tradisional ini dibuktikan beliau apabila Muzium Negara mengiktiraf beliau pengukir terbaik di pertandingan ukiran kayu pada tahun 1971. Perjuangan beliau lebih menyerlah setelah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melantik sebagai Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu pada tahun 1985/1986. Ukiran beliau terdapat di Pintu Utama dan Dewan Santa pan Istana Sultan Pahang, Pekan, Pahang (1976), di Dewan Santapan Istana Sultan Selangor (1979), di Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur (1980), di Istana Badariah, Kuala Terengganu (1980), di Panca Persada Bersiram Tabal lstana Maziah Kuala Terengganu (1980) dan di Luh Hijrah dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor (1982). Pengiktirafan beliau sebagai pengukir di peringkat antarabangsa telah diterima dengan penganugerahan Tokoh Budaya ASEAN di Bandar Sri Begawan, Brunei Darussalam pada 9 Oktober, 1993.



Ketiga, Kerajaan Negeri Terengganu telah menganugerahkan Wan Su sebagai Tokoh Kraftangan/Seni Halus Negeri Terengganu pada 1988 bagi menghargai jasa-jasa beliau dalam seni ukir kayu. Memandangkan kebolehan, kemahiran dan ketekunan Wan Su yang berterusan dalam bidang seni ukir kayu ini beliau telah dikurniakan Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1996 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sesungguhnya kerajaan tidak memandang sepi ke atas kebolehan, kemahiran dan ketekunan Wan Su dalam seni ukir kayu ini, dan memperakui beliau sebagai penerima Anugerah Seni Negara pada tahun 1997.





SUMBER:-
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Musa Khairil. "16 Orang Mengukir Luh Hijrah, Universiti Teknologi Malaysia". - Utusan Malaysia ( 02.09.1985) 2. Rosli Mahadi. "Taking Over The Mantle of a Master Craftman". The Star (1308.1985)

Only my projek..Asas Kayu Tradisioal.




web 2.0



Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin sempit kerana komunikasi boleh berlaku di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun tanpa sebarang halangan. Rentetan itu perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya.

Istilah Web 2.0 biasanya dikaitkan dengan aplikasi web interaktif yang memudahkan berkongsi maklumat, Interoperabilitas, desain berpusat pengguna, dan kolaborasi tentang World Wide Web. Contoh dari Web 2.0 menyertakan web berasaskan masyarakat, perkhidmatan hos, aplikasi web, laman rangkaian sosial, Strategi berkongsi video, wiki, blog, mashupDan folksonomies. Sebuah halaman Web 2.0 memungkinkan para pengguna untuk berinteraksi dengan pengguna lain atau untuk menukar laman web kandungan, Berbeza dengan non-interaktif website di mana pengguna terhad pada pasif melihat maklumat yang diberikan kepada mereka. Istilah ini berkaitan erat dengan Tim O'Reilly kerana O'Reilly Media Web 2.0 persidangan pada tahun 2004.Meskipun istilah menyarankan sebuah versi baru World Wide Web, Itu tidak merujuk pada suatu update kepada spesifikasi teknikal apapun, melainkan untuk kumulatif perubahan dalam cara pembangun perisian dan pengguna akhir menggunakan Web. Apakah Web 2.0 adalah kualitatif berbeza daripada teknologi web dahulu telah ditantang oleh World Wide Web penemu Tim Berners-Lee, Yang menyebut istilah yang "sepotong jargon"-.Justeru kerana ia bermaksud Web untuk mewujudkan nilai-nilai ini di tempat pertama.

Istilah "Web 2.0" dicipta pada tahun 1999 oleh Darcy DiNucci. Dalam artikelnya, "fragmented Masa Depan," DiNucci.Web kita tahu sekarang, yang banyak menjadi tetingkap pelayar pada dasarnya screenfulls statik, hanya merupakan embrio dari Web yang akan datang. Glimmerings pertama Web 2.0 yang mulai muncul, dan kami baru mula untuk melihat bagaimana mungkin embrio berkembang. Web akan screenfulls difahami bukan sebagai teks dan grafik tetapi sebagai mekanisma pengangkutan, udara yang melaluinya interaktiviti



O'Reilly et al kontras Web 2.0 dengan apa yang mereka sebut "Web 1.0". Mereka berkaitan Web 1,0 dengan model perniagaan Netscape dan Encyclopedia Britannica Online. Misalnya Netscape berbingkai "web sebagai platform" dalam hal perisian lama paradigma: produk andalan mereka adalah pelayar web, aplikasi desktop, dan strategi mereka untuk menggunakan pengaruh mereka di pasaran pelayar untuk membina pasar-quality harga produk pelayan . Kawalan atas standard untuk memaparkan kandungan dan aplikasi dalam pelayar bermanfaat, secara teori, memberikan Netscape jenis kekuatan pasaran dinikmati oleh Microsoft pada pasar PC. Mirip dengan "yg tdk mempunyai kuda kereta" membingkai mobil sebagai perpanjangan dari akrab, Netscape mempromosikan "webtop" untuk menggantikan desktop, dan direncanakan untuk mengisi webtop dengan maklumat yang update dan applet didorong ke webtop oleh pembekal maklumat yang akan dibeli Netscape pelayar.

Perbezaan Web 2.0 dengan 1.0
Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001
Adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan.


Maklumat tambahan dalam bentuk pdf Klik (English)



Maklumat tambahan dalam bentuk pdf Klik (Bahasa Melayu)

Rujukan ;

http://www.paulgraham.com/web20.html

http://www.openlinksw.com/blog/~kidehen/index.vspx?id=373


Reka Bentuk Hiasan Dalaman


Reka bentuk hiasan dalaman adalah (multi-faceted) profesion yang kreatif dan penggunaan teknikal yang diterapkan dalam struktur yang dibina untuk mencapai persekitaran interiornya. Solusi ini berfungsi, meningkatkan kualiti kehidupan dan budaya daripada penghuninya, dan estetik interior yang menarik mengikut kehendak pereka. Desain diciptakan sebagai respons terhadap dan terkoordinasi dengan kod dan keperluan peraturan, dan menggalakkan prinsip-prinsip kelestarian lingkungan. Proses desain interior menurut metodologi sistematik dan terkoordinasi, termasuk kajian, analisis dan integrasi pengetahuan ke dalam muat kreatif, di mana keperluan dan sumber daripada pelanggan yang puas untuk menghasilkan ruangan interior yang memenuhi tujuan projek. Karya desainer interior diambil dari pelbagai disiplin ilmu termasuk psikologi lingkungan, senibina, desain produk, Dan tradisional hiasan (estetika dan kosmetik). Mereka merancang ruangan hampir setiap jenis bangunan termasuk: hotel, ruangan-ruangan syarikat, sekolah, rumah sakit, rumah pribadi, pusat perbelanjaan, restoran, teater, dan terminal lapangan terbang tersebut. Hari ini, desainer interior harus selari dengan arsitektur detail termasuk rancangan lantai, renovasi rumah, dan pembinaan codes. Beberapa desainer interior adalah seoramg arkitek juga.

Karya Interial

Interior Styles Watak desain kontemporari di Expo Desain MAP Sebuah style, ataupun tema, adalah idea yang konsisten digunakan di seluruh bilik untuk mencipta perasaan kelengkapan. Watak tidak boleh disamakan dengan konsep desainge, atau peringkat yang lebih tinggi parti, yang melibatkan pemahaman yang lebih dalam konteks arsitektur, sosial-budaya dan keperluan program pelanggan tema ini sering mengikuti gaya tempoh. Contoh ini adalah Louis XV, Louis XVI, Victoria, Islamic, Feng Shui, Antarabangsa, Mid-Century Modern, Minimalis, Inggeris Georgia, Gothic, Indian Mughal, Art Deco, Dan banyak lagi. Evolusi tema dekorasi interior kini telah berkembang untuk memasukkan tema-tema tidak selalu konsisten dengan gaya tempoh tertentu membolehkan pencampuran potongan daripada tempoh yang berbeza. Setiap elemen harus turut berperanan dalam bentuk, fungsi, atau keduanya dan standard yang konsisten mempertahankan high dan menggabungkan untuk mencipta desain yang diinginkan. Seorang desainer mengembangkan sebuah rumah architucture dan desain interior untuk pelanggan yang mempunyai gaya dan tema yang calon suka dan mental pemilik menyambung ke. Selama 10 tahun terakhir, dekorator, desainer, arkitek dan pemilik rumah telah kembali menemukan perabot yang unik ini dikembangkan pasca-perang tahun 1950-an dan 1960-an daripada bahan baru yang dikembangkan untuk aplikasi ketenteraan. Beberapa trendsetter termasuk Charles dan Ray Eames, Bukit dan Herman Miller. Tema dalam desain rumah biasanya tidak terlalu banyak digunakan, tetapi berfungsi sebagai pedoman untuk merancang sesebuah karya.


Study Simbol


1. KATEGORI REKA BENTUK
Ruang
a ) Ruang Kediaman
- ruang tamu
- ruang makan
- ruang kerja / bilik bacaan
- bilik tidur
- ruang dapur
- bilik air
- anjung

b ) Ruang awam atau komersil
- ruang pejabat
- restoran
-bank
- bilik pameran

2. ASPEK ASAS REKAAN DALAMAN
a) Ruang – dapat dilihat dari aspek bentuk dan saiz, ruang perlu disesuaikan dengan penggunaannya untuk kelihatan lebih luas, ceria dan selesa.

b) Peredaran udara – amat penting untuk menjamin keselesaan dan kesihatan penghuninya. Penggunaan kipas dan penyaman udara dapat membantu peredaran udara.

c) Pengcahayaan – ia dapat menimbulkan suasana yang ceria, tenang dang romantik. Pengcahayaan dapat ditentukan oleh kedudukan dan saiz pintu atau tingkap, lampu, dan penggunaan cermin.

d) Warna – merupakan unsur penting dalam kehidupan. Warna boleh menimbulkan kesan harmoni dan ceria. Warna sejuk menimbulkan ketenangan serta luas manakala warna panas keceriaan. Warna gelap akan menjadikan ruang kelihatan sempit.

e) Perabot – susun atur dan saiz perabot dapat mempengaruhi keluasan sesuatu ruang. Pemilihan perabot penting dalam menentikan tema sesuatu ruang seperti gaya Inggeris, Tropika, Kontemporary dan sebagainya.

3. PRINSIP REKA BENTUK
Prinsip asas reka bentuk hiasan dalaman adalah keseimbangan, harmoni, penegasan, kesatuan dan keseragaman.


Susah Sikit Nak Buat..


Kalau Sesiapa Nak AMbik suh Buat Desingn Mngkin CAm nie dah Siap..

RESUME

Senarai Blog Letcure

Subscribe

art

free counters