This course discusses the basic concept, issue and technique to develop and deploy Web sites and blog. Students will learn to design web and blog using multimedia authoring software, basic programming language and uploads web sites and blog.

Kesenian awal orang Melayu sebelum 1930-an


Orang Melayu pada 1930-an telah bergelumbang dengan kewujudan pelbagai seni yang merentasi kehidupan mereka. Kelahiran dan perkembangan seni ini kemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor antaranya sebagai satu bentuk kemudahan dan alatan penting yang digunakan seharian. Jenis kesenian ini boleh dilihat daripada beberapa aspek antaranya kesenian kraf tradisional, seni bina rumah dan juga seni lukis moden Malaysia.

Meninjau seni kraf tradisional masyarakat Melayu sememangnya merangkumi ruang aspek yang begitu luas. Antara kesenian yang wujud pada zaman tersebut adalah ukiran kayu, anyaman, tembikar, tenunan, tekat, batik, dan logam (perak dan tembaga). Kehadiran nilai seni telah memeriahkan dan mencorakkan masyarakat Melayu pada zaman tersebut.

Melihat kepada kesenian ukiran kayu yang menghiasi keindahan kebudayaan Melayu pada zaman tersebut kebiasaannya berkonsepkan awan larat. Ukiran-ukiran ini dapat dilihat menghiasi ruang dinding dan tingkap kebanyakan rumah-rumah Melayu pada zaman dahulu. Masyarakat Melayu pada zaman dahulu tidak pernah lari dari menerapkan nilai alam sejagat dalam setiap karya dan penghasilan produk seni mereka. Dalam ukiran kayu, kebanyakan masyarakat Melayu lebih senang menggunakan motif yang melambangkan keindahan kesenian alam sekeliling mereka. Mengambil motif flora yang indah seperti bunga matahari, teratai dan juga awan larat menunjukkan nilai masyarakat Melayu yang telah sebati dengan alam sekitar. Ruang-ruang yang diukir bukan hanya ruang kosong tetapi dengan tujuan sebagai pengaliran udara.

Begitu juga dengan penghasilan seni batik. Pada masa itu batik memainkan peranan penting dalam nilai etika pemakaian orang Melayu. Batik bagaikan satu identiti yang tidak dapat dilarikan dengan masyarakat Melayu pada zaman itu. Penghasilan batik bermotifkan flora dan fauna memberikan lakaran yang terindah bagi masyarakat Melayu pada waktu itu. Dengan rimbunan dari lakaran flora seperti rebung, bunga raya, bunga orkid dan juga pengaruh fauna seperti rama-rama memberikan inspirasi dan idea untuk mereka menghasilkan batik

Dalam seni anyaman pula, masyarakat Melayu pada zaman itu sangat terkenal dengan penghasilan tudung saji dan juga tikar mengkuang. Begitu juga dengan seni-seni yang lain, mereka masih lagi mengekalkan motif-motif flora dan fauna.

Agak berbeza pula jika dilihat melalui konteks seni bina rumah masyarakat Melayu pada zaman tersebut iaitu di mana penghasilannya mempunyai makna yang tersendiri dengan tafsiran yang berlainan. Seni ukiran pada rumah, seni bina tangga, bumbung, tingkap, anjung menggambarkan kerukunan rumah tangga yang tersendiri. Antara contoh-contoh rumah tradisional yang masih lagi kekal indah dan unik hingga ke hari ini ialah Rumah Palet di Terengganu, Rumah Kutai di Perak dan juga Rumah Gajah Menyusu di Pulau Pinang. Ternyata kenangan yang ditinggalkan dari seni bina rumah ini cukup memberikan gambaran bahawa orang Melayu pada zaman dahulu sentiasa mementingkan kesenian tidak kira dari segala sudut keadaannya.

Tidak ketinggalan, pada era 30-an ini mula lahirnya seni lukis moden Malaysia yang dipelopori oleh beberapa pelukis terkenal seperti Abdullah Ariff dan juga Yong Mun Sen. Menggunakan media cat air dalam penghasilan karya mereka, nilai etika alam sejagat masih lagi terpapar dalam setiap karya yang dihasilkan.


Kesenian Tradisional ini memberi impak kepada keseniann moden Malaysia



Dalam merentasi perubahan masa, situasi juga mula berubah. Keadaan ini juga turut berlaku dalam kesenian tradisional Melayu Malaysia. Dimensi perubahan ini telah memberikan impak yang sangat kuat dalam kelahiran seni moden Malaysia. Sebagaimana lahirnya seni moden ini begitu juga lahirnya seni kontemporari yang diilhamkan dari gabungan idea moden dan tradisional lalu menghasilkan satu kesenian yang sangat unik dan penuh estetik.

Persoalan bagaimana seni taradisional memberi impak yang sangat kuat dalam seni moden Malaysia boleh dilihat dari beberapa aspek antaranya dari segi motif, fungsi, media, nilai dan juga pendekatan. Dalam menyelurusi kedua-dua kesenian ini, terdapat perbedaan yang cukup jelas antara kedua-duanya namun masih ada kaitan dan pertalian yang tidak dapat dipisahkan.

Melihat dari sudut motif, kesenian Tradisional kebiasaannya mengambil motif alam sejagat dalam setiap karya dan produk yang mereka hasilkan. Motif alam flora dan fauna tidak pernah jauh dari kehidupan mereka. Begitulah dengan penciptaan awan larat yang diterapkan dalam seni ukiran kayu cukup menggambarkan nilai hidup mereka yang sangat tradisi dan mekar dengan alunan alam sekeliling. Kehadiran seni moden tidak mengikis motif ini secara terang-terangan. Awan larat masih lagi menjadi idea namun ia kemudiannya diolah menjadi lebih sebati dengan perkembangan semasa. Motif awan larat ini diabstrakkan dengan stail dan cara yang berlainan. Ia mungkin kelihatan agak kasar dengan idea yang baru dan moden. Ini dapat dilihat menerusi lukisan Syed Ahmad Jamal ’Gunung Ledang’(1978). Selain itu, dalam penghasilan batik juga, motif flora dan fauna masih lagi wujud namun ia menjadi semakin abstrak dan simbolik dalam rekaan dan penghasilannya sebagaimana yang dapat dilihat menerusi karya ’Siri Nusantara 1’ (1982) oleh Fatimah Chik.

Pada era 30-an, seni tradisional pada zaman itu adalah lebih cenderung untuk kegunaan harian dan juga kemudahan mereka menjalani kehidupan sehari-hari. Fungsi ini semakin berubah melalui pemikiran dan inovasi yang terkini, dunia telah menjadi semakin maju. Kebanyakan produk-produk seni ini tidak lagi digunakan. Namun, dengan kesedaran tentang peri pentingnya memelihara nilai seni tradisional yang unik dan indah, ia masih digunakan namun fungsinya tidak lagi seperti dahulu. Kebanyakan produk-produk ini dihasilkan atas tujuan yang lebih komersial antaranya sebagai alat hiasan dan pameran, serta penyeri ruang rumah atau sesuatu kawasan. Sebagai contoh yang dapat dilihat ialah dengan penggunaan tembikar ’Labu Sayong’. Pada zaman dahulu, tembikar ini digunakan untuk menyimpan dan menyejukkan air sebelum diminum. Arus semasa telah menukar fungsinya. Pada hari ini, tembikar ini digunakan sebagai hiasan di sudut rumah malahan ada juga yang menjadikannya sebagai arca yang kemudiannya dihiaskan di taman-taman dengan gaya yang lebih komersial dan kreatif. Begitu juga dengan penghasilan batik yang kini bukan hanya bertindak sebagai pakaian ditubuh wanita dan lelaki namun ia juga berfungsi sebagai hiasan dinding, penghadang ruang, malah turut digunakan sebagai langsir, pengalas meja, kasut, beg tangan, payung dan sebagainya. Inovasi ini telah memberikan ruang lingkup yang lebih besar dalam sesuatu kesenian yang terhasil pada era tradisi dahulu.

Penggunaan medium juga mula mengalami anjakan. Jika dilihat penghasilan produk-produk seni pada zaman tradisi adalah berdasarkan media-media yang telah sedia ada rentetan dari corak kehidupan mereka pada waktu tersebut. Penggunaan medium ini mula berubah setelah memasuki fasa kemodenan seni di mana dapat dilihat banyak stail dari medium yang berlainan mula wujud. Masih lagi melihat kepada kesenian batik, penghasilan batik pada zaman tradisional kebanyakkannya menggunakan batik lukis dan juga batik canting yang tentunya menggunakan canting dalam menghasilkan produk batik tersebut. Namun, anjakan kemodenan telah memberikan impak yang sedikit berbeda. Medium penghasilan batik tidak semestinya menggunakan canting, namun dengan menggunakan medium lainnya seperti penggunaan berus, span, kayu, jarum, garam dan sebagainya ternyata memberikan kesan yang sangat simbolik dan juga abstrak. Di samping itu, tidak perlu hairan jika pada zaman kemodenan ini, batik tidak hanya terlakar di atas kain putih, namun ia kini mula terdampar di atas kanvas catan dengan gaya yang tersendiri. Penerokaan seni ini ternyata memberikan dimensi baru kepada medium penghasilan batik. Antara pelukis yang menjadi perintis kepada catan batik di Malaysia ialah Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim dan juga Tay Mo Leong. Antara contoh catan batik yang terkenal ialah ’Fruit Season’(1988) oleh Chuah Thean Teng.

1 comments:

  1. Tanpa Nama berkata...

    :a:

Catat Ulasan

Senarai Blog Letcure

Subscribe

art

free counters