This course discusses the basic concept, issue and technique to develop and deploy Web sites and blog. Students will learn to design web and blog using multimedia authoring software, basic programming language and uploads web sites and blog.

st. kayu

STUDIO KAYU._areniq_FSM

Keunggulan ‘Melayu’ bukan sahaja tertera kepada erti dan pemahaman apa itu ‘Melayu ‘, mindanya, jiwanya, akal budi ‘Melayu’nya, cara jalannya, bahasanya, ketawanya, pegangan hidupnya, falsafah ‘Melayu’nya, mahupun kesusasteraan dan persuratannya. Namun Melayu itu turut dilambangkan dengan hasil tukang seninya. Mungkin kita jarang menyedari atau tidak mahu menyedari bahawa sekecil-kecil tukangan seni Melayunya tetap melambangkan ‘apa itu Melayu’. Artikel ini tidaklah membawa gagasan besar untuk dibicarakan secara penuh ilmiah tentang peradaban dunia Melayu melainkan suatu usaha untuk meneroka sikap, minda, dan jiwa bangsa cucu-cicit Tun Tuah ini yang dcitrakan dengan hasil seni tukangan waima sekecil-kecil ukiran batu cincin yang tersarung di tangan Melayu itu sendiri.

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

MOTIF UKIRAN

Seniman adalah alam. Tumbuh-tumbuhan adalah alam. Alam tidak semestinya seniman dan alam juga tidak semestinya turnbuh-tumbuhan. Dari alam, seniman belajar, mengabadi dalam karyanya, mentafsir dan menterjemah alam secara halus lagi berseni, secara silat lagi terpahat, secara bijaksana lagi penuh hikmah. Media seniman adalah karyanya. Sebagai pengukir menyampaikan pengalaman alamiah ini melalui lukisan dan ukiran. Beliau menterjemahkan alam yang terbentang luas ke dalam lukisan dan ukirannya secara halus lagi berseni yang menuntut kesabaran dan kesetiaan seorang seniman yang tak kenaI jemu dan bosan. Sumber ilham adalah alam sekitar, umpamanya tumbuh-tumbuhan yang hidup subur dan makmur di bumi Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang.



Bunga Matahari


Motif Bunga Raya



Ginta Mani



Guri



Bunga Kacang





TOKOH KAYU "TOK AYAH"



Wan Su Othman atau lebih dikenali dengan nama Tok Ayah Su ibarat sebutir bintang yang menyinari persada seni ukir kayu tanahair. Sebagai pengukir kayu nama ini amat masyhur dan dikenali umum, setidaktidaknya bagi mereka yang pernah mengunjungi Muzium Negara. Sebagai penghayat seni kita akan terpegun dengan keindahan ukiran di pintu bangunan tersebut. Kegiatan seni ukir kayu ini telah dilaluinya lebih setengah abad tanpa mengenal jemu dan titik akhir. Malah penghasilan karya inilah yang menjadi sumber rezeki beliau menyara keluarga tercinta. Sumbangan beliau yang berterusan serta mengekalkan ciri-ciri seni ukir tradisional Melayu menyebabkan kerajaan terpanggil untuk menghormati dan menganugerahkan Anugerah Seni Negara kepada beliau.Beberapa faktor menyebabkan Wan Su Othman dipilih sebagai Seniman Negara yang ketiga. Pertama, Wan Su Othman mempunyai ramai pengikut. Sehingga kini, bertempat di Bengkel Seni Wan Su pelatih-pelatih dari pelbagai agensi dan institusi seperti lnstitut Kemahairan Mara, kakitangan Muzium Negara, lnstitut Teknologi Mara, kakitangan Felda, belia-belia kelolaan Pejabat Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri dan pelatih-pelatih daripada Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mendapat tunjuk ajar daripada beliau. Bengkel tersebut terletak di halaman rumahnya di Batu 4, Alor Lintang, Besut, Terengganu. Bengkel ini terus aktif dan sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan kepada belia-belia yang berminat.




Di Bengkel Seni Ukir Wan Su, belia-belia diajar mengenai seni ukir dari satu peringkat ke satu peringkat secara tersusun. Setiap pelajar diperkenalkan dengan perala tan mengukir seperti pahat, pisau, kertas pasir dan tukul. Cara memegang peralatan boleh menentukan bakat dan kebolehan seseorang pengukir. Peralatan yang digunakan mengikut bentuk daun atau bunga ataupun batang tumbuhan dalam sesuatu ukiran awan larat kerana setiap bentuk yang akan diukir ada yang bersifat daun buka iaitu daun Ie pas, daun lipat iaitu sebelah daun terlindung dan sebelah lagi nampak dan daun sebelah iaitu ukiran bersifat lipat habis. Kemahiran mengukir ditentukan berdasarkan kepada kebolehan kerja-kerja menyilat iaitu kebolehan membentuk daun bunga atau batang dengan cantik dan indah. Ketokohan Wan Su telah diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia apabila beliau dilantik sebagai Adi Guru dalam bidang ukiran kayu pada tahun 1984. Perlantikan ini membolehkan beliau sebagai pakar rujuk dan jurutunjuk dalam bidang ukiran kayu kepada semua lapisan masyarakat. Garis-garis wajahnya yang agak serius, rambutnya yang memutih, pipinya yang cengkung dan matanya terperosok ke dalam serta belakangnya agak bongkok ke hadapan jelas menggambarkan keseriusan dan ketekunan seorang seniman.




Keinginan dan kesungguhan Wan Su Othman untuk menjadi seorang pengukir ternama bermula semasa beliau berumur 11 tahun. Ketika itu beliau pulang dari belajar al-Quran dan singgah di bangsal orang membuat tempat semangat. Dia memerhati dengan tekun dan minat. Cebisan kertas yang dibuang dipungut dan dibawa pulang lalu dicantumkan kembali dan ditekat pada kayu lalu ditirunya. Walaupun hasil ukiran beliau tidak begitu cantik tetapi beliau berjaya menyudahkannya.





Impian beliau untuk menjadi seorang pengukir kayu bermula sewaktu berumur 20 tahun. Ketika beliau belajar dengan seorang pelukis dan pengukir awan larat yang terkenal bernama Tengku Muda bin Tengku Ismail dari Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan. BeJiau belajar membuat pemanjangan untuk majJis bersanding dan berkhatan. Walaupun Wan Su Othman sudah mempunyai kepandaian dan kemahiran dalam mengukir kayu, beliau tidak mudah merasa puas. Bagi meningkatkan kemahiran, beliau bertemu dengan para sahabat dalam bidang ini. Oi antara sahabat beJiau ialah En. Ahmad, En. Latiff Long, Tuan Haji Wan Ismail, En. Nik Rashidin, Cikgu Mat Bakar dan En. Bakar. Oari mereka beliau memerhati cara-cara mereka mengukir. Oi sinilah terletaknya kekuatan daya fikir dan daya kreatif Wan Su Othman, menggabungkan pemikiran dengan daya penghayatan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat untuk mempertingkatkan kerja-kerja ukiran supaya lebih halus dan lebih indah.

Wan Su Othman dilahirkan pada tahun 1899 di Pengkalan Kubur, Tumpat, KeJantan. Walaupun ayah beliau langsung tidak pandai mengukir, namun bakat seni mungkin diwarisi daripada datuk saudaranya, Nik Wan Ali yang telah meninggal dunia sebelum Wan Su dilahirkan yang menjadi tukang ukir di Istana Raja Patani serta memegang jawatan Pembawa Payung di-Raja. Semasa kanak-kanak lagi, Wan Su telah membuat layang-Iayang dan ditunjukkan kepada kawan-kawannya. Oalam usia 12 tahun beliau telah melukis dan mengukir wtak-watak dalam wayang kulit Melayu.

Bakatnya terserlah apabila Allahyarham Tan Sri Mubin Sheppard yang menjadi Pengarah Muzium Negara pada masa itu melihat ukiran patung wayang kulit yang digantung di pintu kedai guntingnya di Besut. Tan Sri Mubin Sheppard lalu menempah dua buah patung wayang kulit tersebut. Itulah kali pertama hasil kerja tangan beliau dibeli orang dengan harga RM25 sebuah. Pertemuannya dengan Tan Sri Mubin Sheppard membawa bintang gemerlap dalam hidupnya. Pada tahun 1962 Wan Su diajak oleh Tan Sri Mubin Sheppard untuk mengukir pintu utama Muzium Negara. Pada tahun 1963 Wan Su telah ke Kuala Lumpur dan melaksanakan kerja tersebut dengan cemerlang. Semenjak itu, permintaan terhadap khidmat seni ukir beliau terus diterima, termasuk tempahan mengukir patung wayang kulit yang dihantar ke Amerika Syarikat dan Eropah.





Kedua, keberanian Wan Su memperjuang dan mempertahankan warisan seni ukir kayu tradisional ini dibuktikan beliau apabila Muzium Negara mengiktiraf beliau pengukir terbaik di pertandingan ukiran kayu pada tahun 1971. Perjuangan beliau lebih menyerlah setelah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melantik sebagai Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu pada tahun 1985/1986. Ukiran beliau terdapat di Pintu Utama dan Dewan Santa pan Istana Sultan Pahang, Pekan, Pahang (1976), di Dewan Santapan Istana Sultan Selangor (1979), di Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur (1980), di Istana Badariah, Kuala Terengganu (1980), di Panca Persada Bersiram Tabal lstana Maziah Kuala Terengganu (1980) dan di Luh Hijrah dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor (1982). Pengiktirafan beliau sebagai pengukir di peringkat antarabangsa telah diterima dengan penganugerahan Tokoh Budaya ASEAN di Bandar Sri Begawan, Brunei Darussalam pada 9 Oktober, 1993.



Ketiga, Kerajaan Negeri Terengganu telah menganugerahkan Wan Su sebagai Tokoh Kraftangan/Seni Halus Negeri Terengganu pada 1988 bagi menghargai jasa-jasa beliau dalam seni ukir kayu. Memandangkan kebolehan, kemahiran dan ketekunan Wan Su yang berterusan dalam bidang seni ukir kayu ini beliau telah dikurniakan Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1996 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sesungguhnya kerajaan tidak memandang sepi ke atas kebolehan, kemahiran dan ketekunan Wan Su dalam seni ukir kayu ini, dan memperakui beliau sebagai penerima Anugerah Seni Negara pada tahun 1997.





SUMBER:-
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Musa Khairil. "16 Orang Mengukir Luh Hijrah, Universiti Teknologi Malaysia". - Utusan Malaysia ( 02.09.1985) 2. Rosli Mahadi. "Taking Over The Mantle of a Master Craftman". The Star (1308.1985)

Only my projek..Asas Kayu Tradisioal.




4 comments:

  1. Tanpa Nama berkata...

    Assalamualaikum abg niq,sy plajar upper six n skrg ngah amik subjek Seni Visual.skrg sy ngah wt kajian sal seni ukiran.leh x sy nk amik sikit mklumat sal seni ukiran dlm blog abg ney.hrp bls k.

  2. Areniq berkata...

    walaikumsalam...diharapkan rujukan sebegini menjadi rujukan kpada anda untuk berjaya dlam stpm khusus sbjek seni...yang penting ukiran kayu ini adalah kehalusan ukiran yang adik buat bersesuaian dgan tema..ok blaja rajin2 gud luck stpm..

  3. JACKS~~ berkata...

    hye abg nik~mnat kt abg nik laaaa~~~auwuwww

  4. Areniq berkata...
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan

Senarai Blog Letcure

Subscribe

art

free counters